Tuesday, January 19, 2010

Tragedi Penyeksaan binatang di MMU semakin menjadi

17.JANUARI.2010

Kucing ni comel kan~

NAMUN!!



Seekor anak kucing yang kami beri nama 'Hamtaro' ini dijumpai di depan bilik kawan ku
setelah mengetahui seperti ada sesuatu tidak kene pada kucing ni
kami membuat keputusan menghantarnya ke klinik haiwan terdekat.
kucing tersebut di x-ray dan keputusannya



Doktor berkata 'kucing ini dipijak orang, tulang belakang,tulang kaki dan akan lumpuh selamanya sekiranya
tidak membuat pembedahan untuk membetulkan tulangnya kembali' dan pembedahan itu bernilai RM1000
nilai tu tak lah besar sangat untuk satu nilai nyawa yang berharga untuk kami....
NAMUN
bagi sesiapa yang pernah membuli kucing dahulu.... sila la fikirkan baik-baik
kucing itu juga mempunyai nyawa dan perasan
ia bukanlah hidupan yang untuk kamu buat mainan.
dan YANG PALING PENTING SEKALI!!!
walaupun ia seperti tiada nilai bagi mereka yang menyeksanya
tapi bagi kami
dia bagaikan kawan kami.


[p/s] bagi sesiapa yang ingin menderma untuk pembedahan kucing kami "hamtaro"
sila kan lah. kerana kami masih tidak dapat mengumpul duit untuk membiayai pembedahan
lagi dan bagi sesiapa yang ingin melihat kucing ini. anda dipersilakan datang ke bliik di MMU
saya.
(lelaki jer la. perempuan tak leh masuk dorm lelaki...)

No comments:

Post a Comment

comment comment jangan tak komen~~