Wow~! Lama gile aku tak update blog haha~!
buzy teramat sangat and tak ada topic nak tulis sebenarnya :)
hari ni hujan dari pagi sampai malam, so tak keluar ke mana, duk rumah je
Wednesday, September 14, 2011
Saturday, June 25, 2011
Ano Hi Mita Hana no Namae o Bokutachi wa Mada Shiranai
cerita ini mempunyai banyak nilai-nilai murni dan penuh perasaan,nilai-nilai murni yang dapat kita lihat dalam anime ni ialah, tidak putus asa menhadapi cabaran, semangat kawan yang sangat kuat, sanggup berkorban demi kawan-kawan, dan perasaan yang ada dalam anime ini ialah sedih, gembira, nostalgia dan merasakan hendak ke zaman kanak-kanak kembali untuk bermain seperti mereka, recommended anime pada sesiapa yang meminati anime seperti angel beat, star yang saya beri untuk anime ini 4/5 for storyline 5/5 character 5/5 lagu ending :P
p/s : aku suka gile lagu ending dia, secret base - kimi ga kureta mono 10 years after, lagu ending anime ini merupakan lagu ending yang sama dengan kyou no go no ni, juga merupakan anime slice of life recommanded pilihan saya :D
Monday, May 30, 2011
LESEN!!!

yea! lesen percubaan "P" dan "L" da tamat, dan baru je dapat lesen betul tadi!!! (hmm ape nama lesen betul tu ye? CDL ke? entah la)
setelah 2 taun menunggu settle sudah dapat lesen ni,
erk? menunggu? ehehe, actually aku tak bawak kete pun lagi dalam masa 2 taun ni,
lesen tu jadi hiasan je dalam dompet tu hehehe
skrang da ada lesen betul ni,
bertekat nak blajar la bawak sikit2 kat kawasan campus nanti,
agak2 da biasa nanti baru bawak ke sana sini~~
Saturday, May 21, 2011
Tiada lagi link muat turun

untuk pengetahuan anda.
kebelakangan ini ada orang email saya bahawa apa yang saya buat ini salah
dari segi undang-undang, so saya berhenti memberi apa-apa link download
dalam blog saya kecuali benda itu milik saya sendiri.
dengan itu untuk bahagian manga dan anime, saya hanya memberikan kan
review dan pendapat saya tentang cerita itu, kalau anda mempunyai pendapat lain
sila lah tinggalkan pendapat anda di ruang comment itu :)
dan saya juga berhenti menulis blog dalam bahasa inggeris kerana
saya rasa saya lebih berbaloi untuk menarik minat orang-orang
negara saya sendiri untuk membaca blog saya
lagi pun kalau orang luar minat untuk membaca blog saya ini,
google translate kan ada hehehe :P
Canaan
Canaan - mempunyai 13 episode yang penuh aksi dan emosi, cerita ini menceritakan tentangseorang perempuan bernama Canaan mempunyai kuasa luar biasa untuk melihat sifat atau pemikiran seseorang itu dengan warna dan kawannya bernama maria oosawa yang bersikap lemah lembut,mudah berkawan dan erkk... hmm.... lurus bendul?
anime ini merupakan sambungan dari game nya yang bernama 428: Fūsa Sareta Shibuya de.
mengikut wikipedia, time dalam game tu la canaan berjumpa dengan maria oosawa dekat shanghai. malang sekali saya tidak ada source game tu so saya tak dapat bercerita banyak.
pendapat saya, cerita ini sungguh bagus dan bersifat positif,
dimana kawan melindungi kawan, dendam tidak seharusnya dibalas dengan dendam
dan sebagainya. cerita ini sangat memenuhi cita rasa saya. aksi,emosi,rival,lukisan
anime ini saya kasi 9/10 star
highly recommended lagi lagi peminat type-moon punya production :)
Wednesday, May 18, 2011
Projek mini

Untuk cuti ni kitaorg budak vr dari mmu perlu buat satu projek mini.
projek ini kitaorg perlu buat 4 analisis report tentang game design.
pertama sekali kita perlu memilih game berdasarkan genre yang lecturer telah beri
iaitu RPG (Role-Playing-Games), RTS (Real-Time-Strategy), FPS (First Person Shooter)
dan Racing. apa yang kitaorg perlu lakukan selepas pilih game tersebut ialah :
(TITLE,GAME DEVELOPER,GENRE)
pasti kan nama game itu siapakah developer game itu dan apa kah genre nya.
(GAME DESCRIPTION)
terangkan tentang game itu ialah game apa dan apakah ceritanya.
(TARGET AUDIENCE)
Siapakah target players? orang muda ka, orang tua ka?
adakah game ini demographic atau psychographic?
pastikan bahawa sesuai ke target user itu dengan game itu, dan beri kan sebab dan sedikit contoh sebagai bukti untuk sokong kenyataan yang telah diberi
(GAME PLAY)
game ini menceritakan tentang apa?
apakah faktor yang menyebabkan game ini dapat menarik perhatian pemain?
adakah cabaran yang diberi terlalu senang atau susah untuk pemain selesaikan?
berapa baguskah kemampuan bermain game itu?
bagaimana interaction mencipta engagement?
(ENVIRONMENT)
adakah graphic game itu bagus?
bagaimanakah environment design di sesesuaikan untuk target audience?
bagaimanakah game itu menhasilkan emosi terhadap pemain?
bagaimanakah environment yang telah design itu menaikkan lagi visual narrations?
sebagus manakah warna yang diguna sepanjang game dan bagaimana ia menhasilkan emosi
dan engagement?
(CHARACTER)
adakah game ini mendalam tentang character nya?
bagaimanakah sifat-sifat character bergabung dengan penampilan visual nya
apakah peranan yang ditunjukkan didalam game itu?
apakah ciri-ciri penampilan visual hero dan penjahat?
(USER INTERFACE DESIGN)
bagaimanakah principle of user di terapkan dlaam GUI design?
sebagus manakah komponen design user interface (layout/composition, menu background, color, icons, fonts )
adakah GUI mengambil pertimbangan untuk guna 3d space?
(CONCLUSIONS)
ringkasan tentang analysis yang telah dibuat
Submission :
- First week of VR design 3 class
- Report - Font size 10
- Page number - Font size 8, center alignment, bottom page
- Ring Bind
- Plastic cover front and back
- Black cover paper (back)
Tuesday, May 17, 2011

Alhamdullilah~ kenyang dengan sarapan pagi abang aku buat tadi :)
roti ban dengan burger ditambah pula dengan sos mustard dan sos cili
dengan sayur tomato, sedap2
pagi ni bercadang untuk pergi ke mmu cyberjaya, untuk check hostel,
last time tak dapat nak check out sebab office tutup, haiiya
ari ni harap2 sangat la buka office tu,
lepas tu nak amik conformation letter untuk medical purpose :)


time outing macam ni la rasa macam ruginya tak ada kamera, :(
bole snap sana sini untuk share dekat blog ni or simpan jadi kenangan,tapi bila
Berfikir untuk membeli kamera, tapi kengkadang rasa macam tak berbaloi lak
berfikir better beli handset yang ada camera, carik yang mega pixel tinggi sikit,
tapi dengar kata camera handset senang gegar, walaupun cantek, tapi senang dapat
gambar blur.
so, tunggu ekonomi diri kukuh sikit baru decide balik nak beli yang mana satu, hehe
Subscribe to:
Comments (Atom)