Wednesday, September 14, 2011

Saje

Wow~! Lama gile aku tak update blog haha~!
buzy teramat sangat and tak ada topic nak tulis sebenarnya :)
hari ni hujan dari pagi sampai malam, so tak keluar ke mana, duk rumah je

Saturday, June 25, 2011

Ano Hi Mita Hana no Namae o Bokutachi wa Mada Shiranai

Ano Hi Mita Hana No Namae o Bokutachi Wa Mada Shiranai ialah anime slice of life, tragedy, dan drama, cerita ini mengisahkan tentang 6 sekawan sejak kecil yang semakin lama semakin terpisah selepas kemalangan yang menyebabkan salah sorang kawan mereka meninggal iaitu meiko honda atau nama timangnya menma , 10 tahun selepas kemalangan itu, jinta yadomi atau nama timangnya jintan menjadi kurang bersosial dan digelar hikikomori kerana tidak mahu ke sekolah dan mengurung dirinya di rumah sendiri. pada satu hari di musim panas, menma yang sudah remaja muncul di dalam hidup jinta yadomi akan tetapi jinta yadomi sahaja yang bole melihatnya, menma mengatakan bahawa dia perlu jelaskan janji yang dia telah buat, tetapi dia tidak ingat apakah janji yang telah dia buat. dan jinta mula mengabungkan kembali kumpulan 6 sekawan mereka, super peace buster , untuk merealisasikan janji menma, ikutilah perkembangan cerita mereka dalam 11 episode yang sungguh menarik ini

cerita ini mempunyai banyak nilai-nilai murni dan penuh perasaan,nilai-nilai murni yang dapat kita lihat dalam anime ni ialah, tidak putus asa menhadapi cabaran, semangat kawan yang sangat kuat, sanggup berkorban demi kawan-kawan, dan perasaan yang ada dalam anime ini ialah sedih, gembira, nostalgia dan merasakan hendak ke zaman kanak-kanak kembali untuk bermain seperti mereka, recommended anime pada sesiapa yang meminati anime seperti angel beat, star yang saya beri untuk anime ini 4/5 for storyline 5/5 character 5/5 lagu ending :P

p/s : aku suka gile lagu ending dia, secret base - kimi ga kureta mono 10 years after, lagu ending anime ini merupakan lagu ending yang sama dengan kyou no go no ni, juga merupakan anime slice of life recommanded pilihan saya :D

Monday, May 30, 2011

LESEN!!!




yea! lesen percubaan "P" dan "L" da tamat, dan baru je dapat lesen betul tadi!!! (hmm ape nama lesen betul tu ye? CDL ke? entah la)
setelah 2 taun menunggu settle sudah dapat lesen ni,
erk? menunggu? ehehe, actually aku tak bawak kete pun lagi dalam masa 2 taun ni,
lesen tu jadi hiasan je dalam dompet tu hehehe
skrang da ada lesen betul ni,
bertekat nak blajar la bawak sikit2 kat kawasan campus nanti,
agak2 da biasa nanti baru bawak ke sana sini~~

Saturday, May 21, 2011

Tiada lagi link muat turun


untuk pengetahuan anda.
kebelakangan ini ada orang email saya bahawa apa yang saya buat ini salah
dari segi undang-undang, so saya berhenti memberi apa-apa link download
dalam blog saya kecuali benda itu milik saya sendiri.

dengan itu untuk bahagian manga dan anime, saya hanya memberikan kan
review dan pendapat saya tentang cerita itu, kalau anda mempunyai pendapat lain
sila lah tinggalkan pendapat anda di ruang comment itu :)

dan saya juga berhenti menulis blog dalam bahasa inggeris kerana
saya rasa saya lebih berbaloi untuk menarik minat orang-orang
negara saya sendiri untuk membaca blog saya
lagi pun kalau orang luar minat untuk membaca blog saya ini,
google translate kan ada hehehe :P

Canaan

Canaan - mempunyai 13 episode yang penuh aksi dan emosi, cerita ini menceritakan tentang
seorang perempuan bernama Canaan mempunyai kuasa luar biasa untuk melihat sifat atau pemikiran seseorang itu dengan warna dan kawannya bernama maria oosawa yang bersikap lemah lembut,mudah berkawan dan erkk... hmm.... lurus bendul?

anime ini merupakan sambungan dari game nya yang bernama 428: Fūsa Sareta Shibuya de.
mengikut wikipedia, time dalam game tu la canaan berjumpa dengan maria oosawa dekat shanghai. malang sekali saya tidak ada source game tu so saya tak dapat bercerita banyak.

pendapat saya, cerita ini sungguh bagus dan bersifat positif,
dimana kawan melindungi kawan, dendam tidak seharusnya dibalas dengan dendam
dan sebagainya. cerita ini sangat memenuhi cita rasa saya. aksi,emosi,rival,lukisan

anime ini saya kasi 9/10 star
highly recommended lagi lagi peminat type-moon punya production :)

Wednesday, May 18, 2011

Projek mini




Untuk cuti ni kitaorg budak vr dari mmu perlu buat satu projek mini.
projek ini kitaorg perlu buat 4 analisis report tentang game design.
pertama sekali kita perlu memilih game berdasarkan genre yang lecturer telah beri
iaitu RPG (Role-Playing-Games), RTS (Real-Time-Strategy), FPS (First Person Shooter)
dan Racing. apa yang kitaorg perlu lakukan selepas pilih game tersebut ialah :

(TITLE,GAME DEVELOPER,GENRE)

pasti kan nama game itu siapakah developer game itu dan apa kah genre nya.

(GAME DESCRIPTION)

terangkan tentang game itu ialah game apa dan apakah ceritanya.

(TARGET AUDIENCE)

Siapakah target players? orang muda ka, orang tua ka?
adakah game ini demographic atau psychographic?
pastikan bahawa sesuai ke target user itu dengan game itu, dan beri kan sebab dan sedikit contoh sebagai bukti untuk sokong kenyataan yang telah diberi

(GAME PLAY)
game ini menceritakan tentang apa?
apakah faktor yang menyebabkan game ini dapat menarik perhatian pemain?
adakah cabaran yang diberi terlalu senang atau susah untuk pemain selesaikan?
berapa baguskah kemampuan bermain game itu?
bagaimana interaction mencipta engagement?

(ENVIRONMENT)
adakah graphic game itu bagus?
bagaimanakah environment design di sesesuaikan untuk target audience?
bagaimanakah game itu menhasilkan emosi terhadap pemain?
bagaimanakah environment yang telah design itu menaikkan lagi visual narrations?
sebagus manakah warna yang diguna sepanjang game dan bagaimana ia menhasilkan emosi
dan engagement?

(CHARACTER)
adakah game ini mendalam tentang character nya?
bagaimanakah sifat-sifat character bergabung dengan penampilan visual nya
apakah peranan yang ditunjukkan didalam game itu?
apakah ciri-ciri penampilan visual hero dan penjahat?

(USER INTERFACE DESIGN)
bagaimanakah principle of user di terapkan dlaam GUI design?
sebagus manakah komponen design user interface (layout/composition, menu background, color, icons, fonts )
adakah GUI mengambil pertimbangan untuk guna 3d space?

(CONCLUSIONS)
ringkasan tentang analysis yang telah dibuat

Submission :
- First week of VR design 3 class
- Report - Font size 10
- Page number - Font size 8, center alignment, bottom page
- Ring Bind
- Plastic cover front and back
- Black cover paper (back)

Tuesday, May 17, 2011




Alhamdullilah~ kenyang dengan sarapan pagi abang aku buat tadi :)
roti ban dengan burger ditambah pula dengan sos mustard dan sos cili
dengan sayur tomato, sedap2

pagi ni bercadang untuk pergi ke mmu cyberjaya, untuk check hostel,
last time tak dapat nak check out sebab office tutup, haiiya
ari ni harap2 sangat la buka office tu,
lepas tu nak amik conformation letter untuk medical purpose :)


time outing macam ni la rasa macam ruginya tak ada kamera, :(
bole snap sana sini untuk share dekat blog ni or simpan jadi kenangan,tapi bila
Berfikir untuk membeli kamera, tapi kengkadang rasa macam tak berbaloi lak
berfikir better beli handset yang ada camera, carik yang mega pixel tinggi sikit,
tapi dengar kata camera handset senang gegar, walaupun cantek, tapi senang dapat
gambar blur.
so, tunggu ekonomi diri kukuh sikit baru decide balik nak beli yang mana satu, hehe

Sunday, May 15, 2011

P.A System

selesai sudah berkerja sebagai seorang dj p.a system di sebuah majlis perkahwinan dekat pandamaran :D sudah lama tidak bermain2 dengan system ini, pada pertengahan majlis baru la dapat berjinak-jinak kembali dengan system itu.
hati senang, orang riang, itu lah seronok menjaga p.a system ini di majlis

Tuesday, May 10, 2011

Final Sem Beta


sesudah penat memerah otak menjawap study dan menjawap exam,
akhirnya Exam settle, Assignment settle, tamatlah semua kerja dan exam untuk sem ni,
selebihnya terserahlah kepada allah hendak bagi keputusan apa pada aku,
tak kira apa result yang aku dapat, itulah allah telah bagi yang terbaik untuk aku,

sekarang sedang menyedut apa yang patut dan buang apa yang tak patut, lepas tu kemas bilik untuk pindah ke rumah sewa kami :D harap semuanya berjalan lancar untuk hari ini :)

Yuran dan Unbar


akhirnya, yuran fee, dan unbar untuk exam slip da settle~
duit deras je keluar macam air, tapi lega hati,
bole lah study dengan lebih elok malam ni, sebab da tade problem untuk masuk exam hall
media law, tak sangka belajar bidang grafic kene blajar bidang law jugak,
lepas belajar baru tau, pasal apa yang kita bole buat, dan hak hak kita,
harap dapat jawap dengan elok besok pagi, :) wish me luck
i try my best~

Dota




bermain dota sentiasa bermain dengan perasaan orang lain dan diri sendiri, kengkadang kene marah dalam game, dan kengkadang kita orang orang lain dalam game,
pasal aku satu team kalah, well, aku ni kengkadang jenis take serius time play game,
kengkadang fikir nak main2 je, so pada sape yang slalu main dengan aku tu,
agak2 aku macam emo sikit tu, hehehe sori la ye, aku emo kejap je, biasanya tak lebih sehari pun, so kalau nak main ajak2 je la, :)

skarang fikir nak buat team untuk masuk tourney, dengan main game pun bole dapat income sikit en.
better dari takat main je, kita perlu lah buat sesuatu tu yang mendatangkan kebaikan supaya orang tak pikir kita takat main game je, hehe

p/s: aku baru abes emo sat tadi, duk kene tuduh main ks je hahhaha, well... Aku (RAJA KS)
jangan nak serabut ar kalau main kene ks ngan aku ekekkekeeke, nickname pun da kata gitu :P

Monday, May 9, 2011

Trouble


Aduh, patutnya aku selalu prepare for the worst,
tapi kali ni tak sangka jadi macam ni, lepas ni patut menabung untuk elakkan benda2 macam ni berlaku lagi. atleast sejumlah duit patut ada dalam simpanan untuk kegunaan masa hadapan yang allah sahaja yang tahu, malang tak berbau.

Exam Undang-Undang Media


besok bersamaan hari rabu 11 mei merupakan satu-satunya paper exam yang perlu aku jawap, malam ni nak join rakan2 tido surau untuk qiamullail sebelum subuh ni,
pagi ni pulak nak bayar fees =,= harap tade apa2 benda buruk berlaku yang menyusahkan
procedure nak unbar supaya bole masuk exam rabu ni, sekian

Sunday, May 8, 2011

Harddisc 2TB Pertama Aku


jumaat 6/5/2011


dimana hari aku beli harddisc baru disebabkan harddisc lain aku da penuh huhu
samsung 2tb 5400rpm f4,
dulu aku burn file2 or movie yang da tengok, tapi bila fikir balik, dvd dan cd ni cepat rosak
dan harga hdd sekarang lebih murah berbanding dulu, so aku decide beli harddisc untuk simpan
file2 tu.
2terrabyte huhu, banyak benda bole masuk ni tapi aku agak kecewa sebab tak sangka 5400rpm jauh lebih slow dari 7200rpm, kelajuan 7200rpm sekali ganda lebih laju dari 5400rpm,
harddisc ni pun bukak file agak lambat berbanding harddisc samsung f3 7200rpm aku.
so kesimpulan yang saya bole bagi,
harddisc ni sesuai untuk simpan data sahaja tidak sesuai untuk dijadikan
primary dimana anda letak os/windows anda di harddisc yang berspeed 5400rpm ini.